Ilhamku

Saturday, 14 August 2021

Pengalaman belajar di UiTM Rembau

   

                                                                         Sekadar Hiasan


    Assalamualaikum dan hai guys, harini aku nak cerita serba sedikit tentang pengalaman aku belajar Diploma di kampus yang agak baru dalam UiTM iaitu UiTM Cawangan Kampus Rembau. Aku mula belajar di sana dalam 2 tahun lebih, 3 sem belajar secara fizikal dan lagi 2 sem aku belajar secara online iaitu Online Distance Learning (ODL) dengan secara tiba-tiba coronakona sampai belajar pada waktu sem 4 then tak sampai berapa lama kona terus balik ke rumah semula, kira kona lah kan? hahahaa




     Macam biasa, setiap kampus UiTM akan ada interimnya sendiri, kalau bagi siapa yang nak tahu berapa lama interim ni dia ikut kampus dan tengok siapa Pm dia which is Pemimpin Mahasiswa. Aik, siapa pula kan Pm ni, Perdana Menteri ke? hahaha bukan, sebenarnya mereka akan guide atau bimbing korang selama korang dijaga mereka. Dari segi attire, cara belajar di Universiti, dan akan kenalkan panel-panel yang akan mengajar dan memberi sedikit sebanyak ilmu pada korang. Untuk tempoh berapa lama interim tu, ada yang seminggu ada yang 5 hari dan kalau aku selama sebulan. Pemimpin Mahasiswa ni pula terdiri daripada MPP kampus tersebut atau ada MPP cawangan kampus lain. Tapi! ada juga daripada kalangan Komander tau, terbaik kan? kalau PALAPES atau SUKSIS aku tak pasti, sebab tempat aku tak ada badan uniform tu, mungkin ada join jadi Pm untuk guide korang dekat Kampus lain? Wallahualam.




    Selama interim lah korang akan belajar banyak benda, bagi aku belajar benda baru memang best, then ada present projek kumpulan sendiri bila dekat hujung-hujung interim. Kira macam final presentation lah atau Fyp (Final Year Project). Dan selalunya mesti ada yang cari kumbang dan bunga, korang jangan nak tipu aku lah korang tak cari punya. Hahahaha dah agak, kalau tak cikgu kat zaman sekolah dulu kata "Nanti awak masuk U, kat sanalah awak jumpa pasangan yang bagus" atau ada ayat lain aku tak tahu. Eleh, last-last aku singlet juga. Nasib aku pergi sana untuk mengaji, ya dak? hahhaa. Waktu tu kau tengok semua perempuan atau lelaki macam lelaki atau perempuan melayu terakhir beb, bersongkok berbaju melayu. Yang perempuan bertudung ayu berbaju kurung. Fuh memang terbaik lah rasa macam kita kekalkan kemelayuan tu dengan baik. Lepastu Pm ada aja thunder clap tak silap, itu yang aku ingat eh hahahaha. Itu macam nak bagi hype dekat dewanlah, memang best cuma aku macam pelik kenapa nak belajar benda tu. Dah lama baru aku faham macam nak bagi fun-fun macam tulah, and then nak tengok kita cekap tak. Aku rasa aku sambung nanti lah ya. Ada banyak lagi story akan aku bagitahu okay! Take care korang waktu coronakona ni, kalau bosan kau buatlah sesuatu yang berfaedah macam skipping ke apa kan. Nak baca Wattpad aku pun boleh.


Alright chau!

No comments:

Post a Comment